Salam sejahtera,
Hari Ahad walaupun cuti bekerja tapi sebagai seorang isteri dan ibu Sis Yatt tetap sibuk. Awal pagi anak-anak Aina, Auni dan Bani, dah bangun jam 6 pagi, masing-masing dok bising-bising jerit laparrrrr....jadi sila bangun dari lena ya. Biasanya hari minggu memang tak masak sarapan sebabnya akan basuh baju dulu, lepak di dobi dan kebetulan ada wifi free jadi masing-masing pon ambil kesempatan guna internet percuma.
Bercerita tentang dobi layan diri ni memang memudahkan kerja. Balik saja dah boleh terus lipat baju, tapi memandangkan baju yang dibasuh stok seminggu, jawabnya berbakul-bakul baju yang menanti untuk dilipat. Bab ni memang tension, Sis Yat harap sapa-sapa yang tak ada kerja tu bolehlah datang membantu Sis...Hihihi. Kalaulah ada mesin lipat baju, Sis Yatt orang pertama yang nak order dulu.
Habis saja melipat baju, memasak pula untuk lunch, biasanya bila hari minggu ini istimewa sikit. Dalam kepala banyak menu yang nak dimasak tapi akhirnya menu simple yang jadi realiti. Mujurlah Sis Yatt pandai memasak kalau tak memang jawabnya telur mata dan kicap sajalah menu kami sekeluarga. Lepas menjamu selera, paling best dapat lenakan mata sekejap dalam 15 minit pun jadilah. Biasanya kalau dah tertidur akan terlajak sejam kemudian bangun dah petanng. Waktu ni anak-anak minta minuman petang pula. Jadi gorenglah keropok lekor atau cekodok. Sambil tu panaskan lauk yang ada untuk disediakan santapan makan malam.
Sebagai seorang wanita bekerjaya hari minggu antara rutin paling padat. Sebab ini sajalah masa yang ada untuk mengemas rumah dan hari bersama keluarga. Untuk diri sendiri kena pandai-pandai curi masa ya. Jadi disini Sis Yatt nak kongsikan bersama tip mudah mengemas rumah buat ibu-ibu di luar sana. Sayang semua.
Tips Kemas Rumah Bagi Ibu Bekerjaya & Sibuk
1. Jangan Biar Pinggan Tak Basuh
Jangan biarkan pinggan di sinki walaupun sebiji. Jika ditinggalkan sebiji kemudia akan tinggal berbiji-biji pinggan dan cawan. Selain itu ajar anak selepas makan letakkan pinggan di sinki dan basuh. Tak kiranya anak perempuan atau lelaki kena buat benda yang sama.
2. Kemas Dapur Lepas Memasak
Lepas memasak jangan biarkan dapur kotor. Cepat-cepat lap sebab kalau kita tangguhkan kerja jawabnya takkan berkemas dan kekotoran akan merebak.
3. Kemas Ruang Tamu Setiap Hari
Ruang tamu paling penting sebab tempat kita melepak. Ruang yang tamu yang kemas akan kurangkan tekanan anda.
4. Ajar Anak Kemas Mainan
Bab ni memang memeningkan, setiap hari akan keluar suara 'tarzan' Sis Yatt bila lihat rumah berselerak dan anak-anak pula buat tak tahu. Jadi bagi buatkan anak-anak rajin berkemas biasanya Sis Yatt akan bagi ganjaran. Contohnya akan memasak makanan kegemaran mereka. Dari kecil Sis Yatt rasa elok diajar anak-anak mengemas sendiri mainan mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan