Assalamalaikum,
Hari ini Sis Yatt agak sibuk, walaupun masih bercuti tapi kena melayan keluarga tercinta. Oklah, petang tadi Sis Yatt sempat bertandang ke kediaman kakak yang terletak di Kuang, Selangor yang juga terletak berhampiran dengan rumah baru saya. Walaupun masih belum berjiran dengan kakak, doa-doakanlah satu hari nanti kami berjiran.
Sejak berpindah ke Kuang, rasa cukup tenang, mungkin sebab dah biasa duduk di Flat yang agak bising dengan kesibukan kota, jadi bila duduk di kawasan ala-ala desa ni nyaman rasanya.
Paling seronok rumah kakak Sis Yatt dikelilingi hutan kecil, ala-ala bercuti di Janda Baik bak kata kawan baik Sis Yatt, Suzi. Petang tadi Sis Yatt sempat jenguk kebun kecil di halaman rumah kakak. Banyak juga pokok-pokok yang ditanam seperti cili, bendi dan sebagainya. Jadi banyak juga boleh berjimat di dalam ekonomi yang merosot sekarang ni.
Petang tadi kami dijamu pelbagai makanan enak seperti Asam Pedas Ikan dan manisan pula, Sago Gula Melaka. Dah lama tak datang sini walaupun duduk berhampiran sebab Sis Yatt sibuk dengan kerja Sis Yatt. Masa kakak sibuk kacau Sago, anak Sis Yatt, Aina ditugaskan untuk mengambil daun pandan di halaman. Jadi tak payalah nak kedai beli daun pandan. Oklah hari ini Sis Yatt nak bagi tips tentang kebaikan berkebun di rumah. Jom lihat perkongsian Sis Yatt moga mendapat manfaat kepada rakan-rakan:
Tips Berkebun Di Laman Sendiri
1. Tentukan sayuran yang ingin ditanam. Pilihlah tanaman yang memerlukan pertumbuhan dan kondisi tanah yang sama agar lebih mudah dirawat. Sayur-sayuran memerlukan cahaya matahari, jadi pilihlah bahagian halaman yang paling banyak terkena sinar matahari untuk dijadikan kebun sayuran.
2. Rancang luas kawasan kebun anda. Jadi senang untuk anda memilih jenis sayuran yang hendak ditanam. Keluasan tanaman berbeza mengikut jenis sayuran.
3. Kebun sayuran biasanya ditanam secara berbaris supaya dapat membantu anda memantau tanaman yang lain.
4. Sediakan ruang tambahan di antara barisan untuk memudahkan anda berjalan berjalan di kebun supaya senang untuk mencabut rumput dan menyiram tanaman anda.




macam mana nak tanam jagung hidup pula sis?
BalasPadamhihihi... tq bertanya nanti sis bagi tips ya
BalasPadam